BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 June 2009

HUKUM
Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan
kepada arak. Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil
pengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith)
kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang
menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu
‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan
masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi :

Maksudnya :' Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram'.
(Riwayat Muslim) KESAN PENGAMBILAN DADAH i. Dadah Menghancurkan
Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan
berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang
diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk
membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli
keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah
at-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :

Maksudnya : '...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… '. Rasulullah s.a.w
bersabda :

Maksudnya : ' Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya '. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah :
Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber
kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang
punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan
jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh. iii. Dadah
Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang
sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat
mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai
tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri
dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup,
dibenci masyarakat dan membebankan negara. iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :
Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang
berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui
umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan
berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada
anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum
dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya,
hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan.

Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa
penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri
termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit
tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana
berada dalam keadaan serba salah.

v. Dadah Membunuh Diri Sendiri :

Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan
membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh
membawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Qur’an,
Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 151 berbunyi :

Maksudnya :' …dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan
dengan jalan yang hak.…'

Penutup :

Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara,
keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariat Islam diturunkan adalah untuk
memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal,
keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh
merosakkannya. Insya Allah, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini.

0 comments: