BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

01 June 2009

YUSUF BIN AL-HUSAIN AR-RAZI

Seorang gadis Arab yang hartawan dan rupawan telah jatuh cinta
dengan Yusuf bin Al-Husain. Suatu malam gadis itu dengan diam-diam
pergi ke tempat Yusuf. Oleh kerana Yusuf tidak mahu bertemu dengan
gadis itu, maka Yusuf pun lari dari situ. Apabila beliau tidur malam
itu, beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi Yusuf sedang duduk di
atas kerusi yang indah dan dikelilingi oleh para malaikat. Setelah
melihat Yusuf bin Al-Husain, Nabi Yusuf pun berdiri dan memeluk
beliau
dan mempelawa beliau duduk disampingnya. Nabi Yusuf berkata, "Allah
telah memberi salam Nya kepadamu. Allah juga telah memberitahuku
demikian: 'Yusuf, bila Ratu Zaliha datang kepadamu dengan niat yang
jahat, kamu berdoa kepadaKu supaya dilindungi niat yang jahatnya
itu.
Tetapi kau lihatlah Yusuf Al-Husain ini, kerana takutkan kemurkaan Ku
dia lari dari gadis yang hendak menemuinya itu. Dia patut di puji.
Pergilah berjumpa dengannya.' Oleh itu, sayapun pergi berjumpa
denganmu. Saya sampaikan padamu salam sejahtera Tuhan dan nama kamu
akan direkodkan dalam senarai hamba-hamba Tuhan yang sejati. Sekarang
pergilah kamu berjumpa dengan Dzun'n-Nun Al-Misri agar kamu di
syafaatinya dan akan menyampaikan kepada kamu nama Allah yang
teragung
(â" HêZ 侚Z âZ) .
Yusuf pun pergi ke tempat Dzun'n-Nun dan berkhidmat kepadanya
selama setahun, Apabila Dzun'n-Nun bertanya kepadanya apa yang ia
mahu, Yusuf hanya berkata tidak ada apa-apa selain daripada ingin
berkhidmat setahun lagi, Dzun'n-Nun membenarkan. Setelah cukup
temponnya, Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membuat satu permintaan lagi,
Yusuf berkata bahawa beliau ingin diijazahkan dengan nama Allah oleh
Dzun'n-Nun. Dzun'n-Nun tidak berkata apa-apa Yusuf terus berkhidmat
kepada Dzun'n-Nun. Suatu hari Dzun'n-Nun menyuruh Yusuf membawa se
buah mangkuk yang telah dibungkus dengan kain untuk diberi kepada
orang sufi di seberang sungai sana. Bungkusan itu tidak boleh dibuka.
Yusuf menurut saja dan terus pergi. Kata Dzun'n-Nun, sufi di
seberang
itu akan mengijazahkan Yusuf.

Sedang menyeberangi sungai itu, Yusuf dengan bunyi di dalam
bungkusan itu. Kerana pelik mendengar bunyi itu, Yusuf pun buka
bungkusan itu. Dengan serta-merta keluarlah seekor tikus dari dalam
mangkuk itu dan jatuh ke dalam sungai (Sungai Nil) dan dihanyutkan
oleh air.

Apabila sampai ke seberang sungai maka mangkuk itupun diberikan
kepada
sufi tersebut dan beliau memohon supaya diijazahkan. Sufi itu
menjawab, "Kamu tidak boleh memelihara seekor tikusyang diamanahkan
kepada kamu. Bagaimanakah kamu boleh memelihara rahsia nama Allah
yang
teragung? Kamu telah gagal dalam ujian ini."

Yusuf dukacita dan terus pulang berjumpa dengan Dzun'n-Nun dan
menceritakan hal itu semuanya. Dzun'n-Nun berkata, "Saya telah
memohon
kepada Allah semasa kamu tinggal bersama ku tiga tahun di sini untuk
mengijazahkan kamu tidak kurang dari tujuh puluh kali. Tetapi tidak
dibenarkan. Kamu sendiri tahu yang kamu telah gagaldalam ujian. Oleh
itu, pulanglah ke negerimu. Tidak lama lagi kamu akan diberi ijazah
di
sana.

Yusuf memohon supaya diajar lagi. Dzun'n-Nun berkata,
"Lupakanlah semua yang telah kamu pelajari itu. Agar hijab itu boleh
disingkap. Selanjutnya, lupakanlah saya ini dan jangan sebut nama
saya
pada sesiapa sebagai gurumu." Yusuf berkata, "Saya tidak layak
menurut
kedua-dua arahan tuan itu." Kemudian Dzun'n-Nun berkata, "Oleh itu,
mulalah mengajar orang ramai dengan syarahan-syarahan, tetapi
ingatlah
bahawa kamu jangan sekali-kali mendirikan (mengisbatkan) dirimu
(ego)." Yusuf bersetuju menerima nasihat itu. Tetapi sedikit benar
orang yang mendengar syarahannya. Satu hari, langsung tidak ada
orang
yang mendengar syarahannya. Tidak lama kemudian datanglah seorang
perempuan tua kepada beliau dan berkata, "kamu telah berjanji kepada
Dzun'n-Nun untuk memberi syarahan tiap-tiap hari dan jangan
mengisbatkan dirimu (jangan meletakan dirimu antara Tuhan dengan
manusia). Sekarang kamu berdiam diri saja. Bukankah ini telah
mungkir
janji?. Barulah Yusuf mengetahui kesalahannya. Semenjak itu beliau
terus memberi syarahannya tiap-tiap hari selama lima puluh tahun.
Tidak peduli samada orang hadir atau tidak.

Satu hari, dalam mimpi, Ibrahim Al-Khawas dan seorang sufi
murid Yusuf telah mendengar suara berkata menyuruh pergi bertemu
Yusuf
bin Husain dan memberitahunya bahawa beliau telah terkeluar dari
majlis ketuhanan. Apabila jaga dari tidur murid itu enggan
menyampaikan perintah suara itu kepada Yusuf. Besoknya murid itu
bermimpi serupa itu juga. Ia enggan juga memberitahu Yusuf. Kali
yang
ke tiga suara itu berkata, "Jika kamu tidak menurut perintah ini,
kamu
akan dihukum dngan berat." Akhirnya dengan terpaksa murid itu pergi
berjumpa Yusuf. Murid itu tegak tanpa berkata-kata di hadapan gurunya
itu. Yusuf melihatkan keadaan itu, berkata, "Bacalah syair yang indah
kepadaku." Murid itu menurut. Mendengar itu, Yusuf menangis mengalir
air matanya. Beliau berkata , "Orang memanggilku kafir. Hingga
sekarang bacaan Quran tidak menghancurkan hatiku. Tetapi dengan
syairmu itu, aku menangis. Oleh itu benarlah Allah mengatakan aku
telah terkeluar dari majlis ketuhanan.." Setelah mendengar kata
Yusuf,
maka murid itupun lari ke dalam hutan dan bertemu kepada Khidr yang
berkata kepada murid itu, "Pedang Allah telah mencederakan Yusuf dan
syurgalah tempatnya. Seseorang itu hendaklah mencapai perasaan cinta
seperti cinta beliau dan mencapai peringkat seperti peringkat beliau.
Orang yang hati nya tertumpu kepada Allah tidak akan lagi melihat
kekayaan dunia."

Yusuf berkata, "Allah sendiri meminta kepada hamba-hambaNya
supaya menumpukan perhatian kepadaNya sahaja. Dia sendiri meminta
hambaNya menumpukan dirinya kepadaNya sahaja. Begitulah Allah sangat
berharapkan agar manusia kembali kepada Nya."

Seorang saudagar dari Nisabur telah meminjamkan wang kepada
seorang yang tinggal jauh dari tempatnya. Beliau hendak pergi bertemu
kepada orang yang berhutang itu untuk memungut hutangnya. Saudagar
ini
ada seorang hamba perempuan yang cantik. Beliau ingin meninggalkan
perempuan ini kepada seseorang yang boleh dipercayai semasa
peninggalan ia pergi itu. Akhirnya ditinggalkannya hamba itu dengan
seorang sufi yang salih bernama 'Uthman Hariri. Dengan
bersusah-payah
saudagar ini meminta sufi ini menerima permintaannya. Akhirnya
diterima juga oleh 'Uthman Hariri.

Satu hari, dengan tidak sengaja terpandang oleh 'Uthman akan
perempuan itu. Nafsu jantinanya pun melonjak keluar. Tetapi
dikontrolkannya dirinya. Beliaupun pergi berjumpa gurunya dan
meminta
guru itu memberi nasihat bagaimana hendak mengkontrol hatinya itu.
Gurunya itupun menyuruh beliau pergi berjumpa Yusuf bin Al-Husain dan
menerima nasihatnya, apabila 'Uthman pergi ke tempat Yusuf, orang
ramai berkata kepadanya bahawa Yusuf itu seorang kafir dan tukang
bidaah. Beliaupun kembali pulang. Setelah gurunya mengetahui itu,
disuruhnya juga 'Uthman pergi berjumpa Yusuf. Kali ini terkejut
'Uthman apabila sampai ke tempat Yusuf kerana dilihatnya Yusuf
bersama seorang pemuda yang lawa dengan setempayan arak dan sebuah
mangkuk berada di hadapan mereka. Meskipun Yusuf ini bersikap
sebagai
wali Allah tetapi itulah yang dilakukannya. 'Uthman tidak mengerti
sikap Yusuf itu. Apabila Yusuf berkata-kata tentang tasauf
(keruhanian), perkataanya sangat berkesan dan berpengaruh, hingga
'Uthman sendiri pengsan dalam dzauk (mabuk Allah).

Apabila sedar semula, 'Uthman bertanya kepada Yusuf kenapa beliau
pada
lahirnya bersikap menyalahi kehendak agama. Yusuf menjawab, "Pemuda
ini anakku sedang mengaji Quran denganku. Tempayan ini berisi air
untuk diminum dimasa panas ini. Berkenaan soalan kenapa aku bersikap
seperti ini ialah kerana aku tidak mahu sebarang saudagar
menyimpankan
hamba perempuannya yang cantik semasa ia pergi kemana-mana." 'Uthman
terkejut mendengar kata-kata Yusuf itu. 'Uthman bertanya apa yang
patut ia buat sekarang dalam hal tersebut. Yusuf berkata, "Siapa
yang
cinta kepada Allah, ia tidak berkawan dengan dunia."

Yusuf Mengajar.
1. Kamu itu hamba Allah, hiduplah sebagai hamba.

2. Cinta kepada Allah itu menghapuskan semua cinta kepada makhluk.

Beliau Berkata
1. Dunia ini adalah sebuah rumah yang sentiasa ada dosa terhadap
Allah.

2. Fakir itu adalah satu cara yang membawa seseorang itu hampir
kepada
Allah.


3. Jangan bergantung kepada ibadat dan latihan keruhanianmu itu
tetapi
bergantunglah kepada rahmatNya.


4. Barang siapa yang rindu kepada Allah akan melihatNya selalu.

5. Orang yang suka dipuji itu adalah sia-sia sukacitanya itu

6. Dosa itu membawa kepada bidaah.

7. Orang yang cuba mengenal Khalik melalui makhlukNya adalah buta.
Sepatutnya ia mengenal makhluk melalui Khalik.

8. Berada sentiasa di ambang pintu Tuhan agar pintuNya terbuka
kepadamu.

9. Berharaplah kepada Allah, seperti mengharapnya pengemis kepada
sedekah orang kaya

0 comments: