BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 June 2009

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH D
alam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan
panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang
gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini
semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara
akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut :
'D9BD 'D3DJE AJ 'D,3E 'D3DJE
Maksudnya :' Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat'. Ini bermakna
hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akan
memberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa
umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan
berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang
ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang
memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual
maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam,
kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis ‘bahan’ kotor, najis, jijik dan keji yang
boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/
mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi :

Maksudnya : '… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

0 comments: